Kalian Di Hati

May 08, 2012


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum semua..


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang....Aku berharapJika nanti Allah mempertemukan kita....Kau akan selalu membimbingku...Agar aku menjadi wanita yang solehah..Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurg...aKerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat...Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku.....Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita....Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat....Iaitu anak yang soleh dan solehah...Yang dapat menjunjung tinggi Agama ...Andai engkau ditakdirkan untukku Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakkuKau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita...Kau boleh mencintai aku apa adanya...Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan....Dan andai aku salahTegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan...Andai aku marah Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu,,Agar marahku boleh berubah menjadi kelembuta...nAndai aku lupa Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang  Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita.....





March 31, 2012

Seseorang yang.......


•►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu, Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu. 

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu, Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu, Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya, Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.

March 04, 2012

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum semua..

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58.

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya Dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa Dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai Islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku. AMIN...

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah
pentas, akhirat tempatnya yang sebenarnya.....

February 19, 2012

Doa Rabiatul Adawiyah~

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum semua..


"Tuhanku, jika aku mengabdi kepada-Mu
karena takut kepada neraka, bakarlah aku
di dalamnya. Dan jika aku mengabdi
kepada-Mu karena mengharapkan surga,
jauhkanlah aku daripadanya. Tetapi jika
Kau kupuja karena Engkau, janganlah
Engkau sembunyikan kecantikan-Mu yang
kekal dariku."

"Ya Tuhan, bintang di langit telah
gemerlapan, orang-orang telah
bertiduran, pintu-pintu istana telah
dikunci, dan tiap kekasih telah
menyendiri dengan kekasihnya, dan inilah
aku di hadirat-Mu."

"Tuhanku, malam telah berlalu dan
siangpun segera menampakkan diri. Aku
gelisah, apakah amalanku Kau terima
hingga aku merasa bahagia, ataukah
Engkau tolak hingga aku merasa sedih.
Demi kemuliaan-Mu, inilah yang aku
lakukan selama Engkau beri hayat.
Sekiranya Engkau usir aku dari depan
pintu-Mu, aku tidak akan pergi, karena
cinta pada-Mu telah memenuhi hatiku."

"Wahai kekasih hati, hanya Engkaulah
yang aku cintai. Beri ampunlah pembuat
dosa yang datang ke hadirat-Mu. Engkau
harapanku, kebahagiaan, dan
kesenanganku. Hatiku telah enggan
mencintai selain dirimu."

"Aku mencintai-Mu dengan dua cinta,
cinta karena diriku dan cinta karena
diri-Mu. Cinta karena diriku adalah
keadaanku senantiasa mengingat-Mu. Dan
cinta karena diri-Mu adalah,
menyingkapkan tabir hingga Engkau
kulihat.. Pujian bukanlah bagiku, tapi
bagi-Mu lah pujian untuk semuanya."


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum semua..





Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

February 04, 2012

Salam Maulidul Rasul 1433H

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum semua..

Utk sahabat2ku...
Salam Maulidur Rasul utk semua umat Islam..
Semoga kita sentiasa memperingati Baginda Rasullulah s.a.w setiap masa..
Bkn entry yg hebat bukti kita memperingati baginda..
tp kehebatan kita tue lebih terserlah jika kita mengamalkan sunah2nya..
Selalulah berselawat ke ats baginda Rasulullah s.a.w ..
Salam Maulidul Rasul 1443H wat semua saudara seislamku :)


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

January 28, 2012

Alhamdulillah...dah 500++

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum semua..

Biar lambat asal selamat...
Sikit2 lama2 jd bukit...

Rasanya ungkapan nie sesuai nk mengambarkan pa hati Ruby rasa skrg...
Lma jgk yaa nk tgu follower ramai...
Even mungkin jmlhnya sikit jer jika nk dibandingkn dgn blog2 owg lain...
Tp syukur taw... sebab follower Ruby dh 500 dah...
Bukan takat 500.. dah jd 501 dah skrg...

Tq yaa kepada semua blogger2 yg sudi follow blog usang Ruby nie... :)
Tq yaa kpd  blogger2 yg sudi tinggalkan komen2 kt entry2 Ruby.. :)
Harap kita semua ikhlas yaa dlm dunia blog nie.. :)
Ruby hargai semua komen2  kalian even jejak2 yg ditinggalkn kt cBox Ruby tue.. 
Tq yaa kalian semua.. :)

Erm da lg laa.. tq jg kpd yg sudi ajq Ruby bila Ruby minx pendpt n minx ajq something...
Hargai sesangat.. jasa kalian bermakna taw.. :)
Erm.. kpd yg selalu wat tutorial jgk... tq yaa..
sebab tutorial korang..blog Ruby x suram sgt... hihihi :)
bykkn pahala korang ajr tutorial kt golongan2 yg perlu byk belajar mcm Ruby nie...hihi



Alhamdulillah... Moga kehidupan ini lebih baek dr yg sebelumnya..InsyaAllah...